LUNDU, 27 Okt: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N3 Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan menghadiri Majlis Makan Malam Ulangtahun pertama Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) di Dewan Chung Hua Lundu malam tadi.
Berucap pada majlis itu, Azizul berkata SDNU Lundu telah bergerak aktif dalam menambah keahlian dan bakal menjadi medium utama dalam menyatukan masyarakat Dayak di DUN Tanjong Datu.
Beliau berharap agar SDNU Lundu menjadi platform untuk masyarakat Dayak memajukan diri sendiri dan SDNU menjadi penjaga kepada budaya dan adat masyarakat Dayak di N3 Tanjong Datu.
Majlis itu dipetron oleh Presiden SDNU, Tan Sri William Mawan Ikom.
#BilikBeritaCATS #CATSFM