SEMATAN, 21 Okt: Seorang lelaki yang hilang ketika mencari siput di sungai berdekatan Kampung Terusan Jaya semalam ditemui awal pagi tadi.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata mayat mangsa dikenali sebagai Mohamad Nazratul Kamil berusia 26 tahun dijumpai penduduk kampung pada jarak satu kilometer dari lokasi terakhir mangsa dilihat sekitar jam 1.49 pagi.
Mayat mangsa dibawa ke jeti dan diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya.
Semalam, mangsa yang berenang menyeberangi sungai itu dipercayai dibawa arus air pasang.
#BilikBeritaCATS #CATSFM