Kuala Lumpur, 20 Oktober: Penguatkuasaan undang-undang siber perlu dilaksanakan untuk membendung hakisan sosial dalam penggunaan platform dalam talian.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, menerusi kajian oleh kementeriannya, mendapati bahawa media sosial menjadi cabaran utama yang berpotensi untuk menghakis kesepaduan sosial, terutama dalam kalangan generasi muda.
Katanya, kajian tersebut turut mendapati bahawa generasi muda ini cenderung untuk mempercayai berita palsu dalam talian yang sering mengganggu keharmonian.
Maka sebab itu, tegas beliau kajian tersebut perlu untuk diteruskan bagi memastikan kawalan sosial di platform dalam talian dapat dilaksanakan secara berterusan.
Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Makan Malam Anak Sarawak bersempena Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) 2024 di Kuala Lumpur, malam tadi.
Dalam pada itu, Datuk Aaron mengulas lanjut mengenai (LBAS) 2024, katanya, ia merupakan platform untuk anak-anak Sarawak 'berambeh' sebagai simbol perpaduan anak-anak Sarawak.
Diharap melalui platform tersebut dapat mengekalkan semangat perpaduan dan keharmonian rakyat Sarawak supaya wilayah itu terus Maju dan Makmur.
#BilikBeritaCats #Catsfm

BILIK BERITA CATS

21 October 2024 | 05:31 PM