KAPIT, 29 Sept: Seorang lelaki cedera selepas motosikal yang diboncengnya berlanggar dengan sebuah kereta di Tatai Kenyalang, Jalan Selirik malam tadi.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 8.18 malam.
Mangsa cedera di bahagian tangan dan patah kaki kanan.
Pasukan Bomba bertindak memberi rawatan awal kepada mangsa sebelum dibawa ke Hospital Kapit untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.
Manakala pemandu kereta tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.
#BilikBeritaCATS #CATSFM

BILIK BERITA CATS

29 September 2024 | 02:59 PM