SERIAN, 28 Sept: Seorang lelaki warga emas dijumpai meninggal dunia selepas lapan hari dilaporkan hilang di Kampung Slabi Empurung.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata mayat mangsa, Jambung Ajui berusia 83 tahun dijumpai pada jarak satu kilometer dari Pusat Kawalan Bomba (PKB) jam 3.26 petang.
Mayat mangsa diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya.
Pada 21 September lepas, mangsa yang keluar dari rumahnya di Kampung Slabi Empurung gagal pulang sebelum anak mangsa membuat laporan Polis.
#BilikBeritaCATS #CATSFM

BILIK BERITA CATS

28 September 2024 | 01:13 PM