Kota Samarahan, 28 September: Seramai 198 pelajar menerima insentif kecemerlangan dan sumbangan untuk melanjutkan pengajian bersempena Program Samarahan Prihatin 2024 hari ini.
Penyerahan insentif tersebut telah disampaikan oleh Ahli Parlimen P197 Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang, dalam program berkenaan di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan, hari ini.
Bagi insentif pelajar cemerlang, ia telah diserahkan kepada 86 orang pelajar dari empat sekolah di Kota Samarahan, yang meraih keputusan PNGK 3.50-4.00 dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2023.
Sementara, bagi sumbangan untuk melanjutkan pengajian ke IPT pula, telah diserahkan kepada 112 penerima, terdiri daripada pelajar di peringkat kolej, asasi, diploma, dan ijazah.
#BilikBeritaCats #Catsfm