Kota Samarahan, 28 September: Ahli Parlimen P197 Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang hari ini menyerahkan geran peruntukan khas kepada 60 penerima bagi kawasan Kota Samarahan.
Datuk Rubiah dalam ucapannya berkata, penyerahan geran tersebut merupakan serahan kali keempat untuk tahun ini.
Katanya, ia untuk membantu penerima-penerima geran dalam melaksanakan aktiviti kemasyarakatan di peringkat masing-masing.
Beliau turut mengingatkan penerima-penerima geran untuk menggunakan geran tersebut sebaiknya mengikut tujuan permohonan geran tersebut dibuat.
Terdahulu, serahan geran tersebut melibatkan sebanyak 39 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), 8 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan 13 kelab dan persatuan.
Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Program Samarahan Prihatin 2024 di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan, hari ini.
#BilikBeritaCats #Catsfm

BILIK BERITA CATS

28 September 2024 | 01:05 PM