LUNDU, 28 Sept: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan menyerahkan geran Projek Kecil Luar Bandar Sarawak (MRP) Fasa 8 & 9 berjumlah RM 59,500.
Seramai 13 penerima menerima geran tersebut antaranya Jawatankuasa Perayaan dan Aktiviti Muslim (Pejabat Daerah Lundu ), JKKK Kampung Siru Dayak ,JKKK Kampung Stunggang Ulu dan JKKK Kampung Tabuan Dayak.
Azizul menyerahkan geran tersebut di Pejabat Pusat Khidmat N3 Tanjong Datu, Lundu hari ini.
Terdahulu, beliau menghadiri Program IIC Cares @ Environment 2024 'Our Mosque Our Responsibility di Masjid Pehin Sri Haji Adenan Satem.
#BilikBeritaCATS #CATSFM

BILIK BERITA CATS

28 September 2024 | 04:36 PM