KUCHING, 28 Sept: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg malam tadi mengesahkan gelaran juara keseluruhan Para SUKMA XXI 2024 adalah milik tuan rumah.
Menurutnya, kejayaan itu dicapai selepas mengatasi sasaran 80 pingat emas iaitu sebanyak 82 butir pingat setakat ini sebelum temasya itu melabuhkan tirai pada malam ini.
Beliau berkata, ini sekaligus Sarawak sudah menerima dua kemenangan tahun ini menerusi SUKMA 2024 dan Para SUKMA 2024.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Makan Malam Gala Anugerah Pelancongan Hornbill Sarawak Ke-9 di Hikmah Exchange Event Centre (HEEC), pada Jumaat.
Terdahulu, Sarawak mengesahkan kejuaraan apabila merangkul 82 emas, 51 perak dan 72 gangsa setakat 8 malam tadi.
Foto: UKAS
#CATSFM #ParaSUKMA2024 #BilikBeritaCATS

BILIK BERITA CATS
28 September 2024 | 12:28 PM