Kuching, 27 September: Bank of East Asia (BEA) menunjukkan keyakinan positif terhadap potensi pertumbuhan ekonomi Sarawak dan komitmennya kepada Affin Bank Berhad.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Affin Berhad, Datuk Wan Razly Abdullah, menyatakan keyakinan tersebut apabila BEA mengesahkan statusnya sebagai pemegang saham utama Affin dan menegaskan komitmennya untuk terus berkembang dalam kerjasama ini.
Katanya, melalui Pelan Strategi Affin Exelerate (AX28), Affin bertujuan untuk menggandakan asetnya menjadi RM180 bilion menjelang tahun 2028.
Setakat ini, aset Affin adalah sekitar RM108 bilion dan menunjukkan kemajuan, tetapi masih memerlukan usaha untuk mencapai matlamat tersebut dalam empat tahun akan datang.
Tambah beliau, dengan strategi yang jelas dan sokongan daripada BEA, Sarawak bersedia untuk mencapai matlamat yang ditetapkan dan meraih manfaat daripada pertumbuhan ekonomi yang dirancang.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Jual Beli antara Kerajaan Sarawak, Lembaga Tabung Angkatan Tentera, dan Boustead Holdings Berhad di Kuching hari ini.
#BilikBeritaCats #Catsfm

BILIK BERITA CATS

27 September 2024 | 12:26 PM