MIRI: Seramai 330 orang penduduk rumah panjang RH Niga Sungai Tinjar dekat sini hilang tempat berteduh apabila satu blok kediaman mereka ranap dijilat api, tengah hari tadi.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, kebakaran 46 pintu rumah berkenaan dilaporkan sekitar jam 12.17 tengah hari dan sepasukan anggota dari balai bomba dan penyelamat Lopeng terpaksa mengambil jarak sejauh 122 kilometer untuk tiba dilokasi.
Komander Operasi Gajau Jemat dalam laporannya berkata rumah panjang tersebut terbakar 100 peratus dan terdapat seorang mangsa wanita mengalami cedera ringan.
Jelasnya, mangsa terlibat terdiri daripada 176 lelaki dan 154 wanita termasuk 12 bayi dan 3 orang kurang upaya (OKU).
#BilikBeritaCATS #CATSFM