• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

27 September 2024 | 12:22 PM

Sarawak tidak campur tangan dalam pengurusan Affin Bank Berhad, meski memiliki saham terbesar

Kuching, 27 September: Kerajaan Sarawak tidak akan campur tangan dalam pengurusan Affin Bank Berhad, meskipun memiliki saham terbesar dalam bank berkenaan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, mengesahkan bahawa Sarawak membenarkan pihak Affin untuk mengurus operasinya secara autonomi dengan mengharapkan untuk menerima dividen pada akhir tahun.

Premier turut menyatakan keyakinan terhadap Affin Bank yang juga memainkan peranan dalam pembangunan negeri Sarawak.

Dalam pada itu, Premier turut mengumumkan bahawa Sarawak telah menerima tawaran daripada beberapa bank lain yang menyatakan minat untuk melabur dalam ekonomi negeri ini.

Katanya, sebarang keputusan perkara berkenaan adalah terserah kepada pihak pengurusan dan lembaga bank tersebut.

Maka oleh kerana itu, Sarawak berharap institusi kewangan ini dapat menyokong pembangunan industri dan ekonomi baru, dengan memanfaatkan sumber yang ada di negeri ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Menandatangani Perjanjian Beli Jualan antara Kerajaan Sarawak, Lembaga Tabung Angkatan Tentera, dan Boustead Holdings Berhad di Kuching, hari ini.

#BilikBeritaCats #Catsfm

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok