Kuching, 27 September: Kem Badminton PARA Sarawak berjaya capai sasaran 3 pingat emas yang ditetapkan untuk temasya PARA SUKMA edisi kali ini.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Razi Sitam berkata, Sarawak berpotensi untuk mendapat lebih kilauan emas, tetapi atas faktor kecederaan yang belum pulih sepenuhnya, hasrat tersebut tidak kesampaian.
Bagaimanapun, beliau tetap berbangga dengan pencapaian atlet yang menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi sehingga hari terakhir sukan tersebut hari ini.
Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas sesi lawatan beliau di venue Sukan Badminton PARA di Dewan Persatuan Badminton Sarawak, BDC, hari ini.
Untuk rekod, secara keseluruhan kem badminton PARA Sarawak cemerlang menutup aksi sukan badminton PARA SUKMA edisi kali ini di Sarawak dengan meraih 3 pingat emas, 1 perak dan 4 gangsa.
#BilikBeritaCats #Catsfm

BILIK BERITA CATS

27 September 2024 | 12:16 PM