• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

27 September 2024 | 12:13 PM

Jangan putus asa, terus lakukan apa yang diminati - Chong

KUCHING, 27 Sept: Lumpuh bukan penghalang untuk atlet para olahraga Sarawak, Chong Cheng Tat meraih kejayaan pada Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) 2024.

Atlet berusia 45 tahun yang pertama dan terakhir menyertai temasya itu telah menghadiahkan dua pingat emas dan satu gangsa untuk pasukan olahraga Sarawak.

Menceritakan detik itu, Chong berkata sebelum ini beliau adalah orang normal namun jatuh sakit dan lumpuh pada empat tahun lepas.

Tidak patah semangat, beliau menceburi sukan olahraga yang pernah disertainya semasa sekolah dahulu.

Ketika ditemui pemberita di Stadium Sarawak hari ini, beliau memberitahu hanya berlatih selama setahun bagi persiapaan temasya itu dan membuahkan hasil apabila membawa pulang pingat untuk Sarawak.

Beliau turut memberi semangat kepada individu yang kurang upaya sepertinya untuk tidak berputus asa dan terus melakukan perkara yang diminati.

Chong meraih dua emas dalam acara lempar cakera lelaki F34, lontar peluru F34 dan satu gangsa menerusi acara rejam lembing F34.

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok