Kuching, 26 September: Kem angkat berat PARA Sarawak tambah 3 lagi kilauan pingat emas dan 1 perak pagi tadi menerusi acara lelaki 65 kilogram (kg) dan wanita 61 kg.
Terdahulu, 2 pingat emas awal telah disumbangkan oleh Azlan Mos untuk acara individu lelaki 65 kg bagi kategori angkatan terbaik dan jumlah angkatan.
Lebih manis, angkatan Azlan seberat 171 kg untuk angkatan terbaik berjaya meleburkan rekod kejohanan dan kebangsaan lalu yang dipegang oleh Bonnie Bunyau pada temasya PARA SUKMA 2018 lalu.
Sementara itu satu lagi kilauan pingat emas untuk Sarawak telah disumbangkan oleh Melinda Tiong Zhing Zhing menerusi acara individu wanita 61kg bagi kategori jumlah angkatan.
Walau bagaimanapun, bagi kategori jumlah angkatan, Melinda terpaksa akur dengan pingat perak apabila sekadar mencatat jumlah purata angkatan seberat 53.85 sahaja dibawah atlet Johor untuk pingat emas dengan purata angkatan seberat 54.94kg.
#BilikBeritaCats #Catsfm

BILIK BERITA CATS

26 September 2024 | 12:12 PM