KUCHING: Perenang para negara, Fraidden Dawan kini mengutip empat emas peribadinya pada temasya Para Sukma 2024.
Atlet berusia 38 tahun itu telah mendominasi acara renang 50 Meter (M) Gaya Bebas S10 dengan mencatat masa terpantas 31:00 saat di Pusat Akuatik Pandelela Rinong di sini hari ini.
Ini sekaligus menyumbang pingat emas yang ke-12 buat Kem Renang Sarawak setakat hari ketiga temasya itu berlansung.
Sementara itu, dalam acara yang sama pingat perak dimenangi atlet dari Labuan, Labo Taulim dengan catatan masa 32:40 saat, manakala Muhammad Farouq Md Hasim dari Melaka berjaya meraih pingat gangsa (37:70 saat).
Terdahulu, Fraidden telah berjaya mengutip tiga pingat emas dalam acara 100M Gaya Kuak Dada S89, 100M Gaya Kuak Lentang S10 dan 4 x 100M Gaya Bebas.
Para Sukma 2024 berlangsung dari 22 hingga 28 September ini dengan disertai lebih 1200 atlet terdiri daripada 15 buah kontinjen.
#BilikBeritaCATS #CATSFM

BILIK BERITA CATS

25 September 2024 | 12:09 PM