Kota Samarahan, 25 September: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) terus komited dalam menyediakan bantuan kewangan kepada pelajar-pelajar yang memerlukan.
Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dr Ahmad Hata Rasit dalam satu kenyataan semalam berkata, UNIMAS bersama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah melancarkan Program SULUNG sebagai satu inisiatif bantuan kewangan yang komprehensif untuk pelajar-pelajar yang memerlukan.
Katanya, bagi sesi 2024/2025, UNIMAS telah mengenal pasti seramai 2,500 pelajar baharu untuk dibantu melalui Program SULUNG 3.0.
Berdasarkan jumlah tersebut, UNIMAS telah menerima maklumat daripada 589 orang calon program tersebut setakat ini, dan proses penyaringan serta penilaian akhir akan dimuktamadkan oleh Jawatankuasa Pelaksana di peringkat universiti dalam masa terdekat.
Tambah beliau, dengan adanya bantuan ini, lebih ramai pelajar yang kurang berkemampuan dapat melanjutkan pengajian ke universiti, selari dengan komitmen UNIMAS dalam menawarkan pendidikan tinggi yang inklusif kepada seluruh lapisan masyarakat.
#BilikBeritaCats #Catsfm

BILIK BERITA CATS

25 September 2024 | 12:02 PM