MUKAH, 4 Sept: Mayat lelaki warga emas yang dilaporkan hilang selepas perahu yang dinaiki berlanggar dengan sebuah bot laju di Sungai Batang Oya ditemui tengah malam tadi.
Mangsa dikenali sebagai Dos Katiek berusia 79 tahun dijumpai terapung oleh cucu mangsa di Sungai Klid, Batang Oya iaitu satu kilometer dari lokasi kejadian jam 12.30 tengah malam.
Mayat mangsa diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya.
Pada Isnin lepas, mangsa terjatuh ke dalam sungai tersebut selepas perahunya berlanggar dengan bot laju.
#BilikBeritaCATS #CATSFM