Kuching, 3 September: Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) mencadangkan kesemua lantikan baharu penguat kuasa agama perlu menjalani latihan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Pengarah JAIS, Mual Suaud berkata cadangan tersebut merupakan antara usaha pihak JAIS bagi memperkasakan undang-undang Syariah di negeri ini.
Katanya, ia merupakan salah satu daripada tiga cadangan pihak JAIS kepada kerajaan negeri untuk dipertimbangkan.
Dalam pada itu, JAIS juga turut mencadangkan untuk menambah sebanyak 62 jawatan khusus untuk penguat kuasa agama di negeri ini dan menyediakan pakaian seragam sebagai identiti tersendiri.
Tambah beliau, lebih banyak inisiatif penguatkuasaan lain akan dijalankan secara efektif pada masa akan datang untuk mengukuhkan institusi penguat kuasa agama di negeri ini.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian Seminar Penguatkuasaan Undang-undang Syariah Peringkat Sarawak 2024 di Dewan Kompleks Islam Sarawak, hari ini.
#BilikBeritaCats #Catsfm

BILIK BERITA CATS

04 September 2024 | 05:29 PM