Kuching, 3 September: Kerajaan Sarawak komited untuk terus memastikan agensi Penguatkuasaan Syariah di negeri ini terus dipertahan dan diperkasakan.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam ucapannya berkata, peranan institusi-institusi tersebut penting dalam melaksanakan tuntutan dibawah perundangan dan kehakiman syariah.
Katanya, mereka juga bertanggungjawab untuk memartabatkan syiar Islam di negeri ini terus dipelihara dan dipertahankan.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya yang dibacakan oleh Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Abdul Rahman Junaidi dalam Seminar Penguatkuasaan Undang-undang Syariah Peringkat Negeri Sarawak di Kuching, hari ini.
Terdahulu, Seminar satu hari anjuran Jabatan Agama Islam Negeri Sarawak tersebut telah dihadiri oleh lebih 500 peserta terdiri daripada pelbagai institusi Islam di negeri ini.
Para peserta akan didedahkan dengan 5 pembentangan berkaitan perundangan syariah dan undang-undang dibawah Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah 2001.
#BilikBeritaCats #Catsfm

BILIK BERITA CATS

04 September 2024 | 05:28 PM