Mangsa kemusnahan rumah di Kampung Kudei Lama pada 1 Mei lepas, memperoleh rumah baru hari ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.8 Satok, Datuk Ibrahim Baki berkata, rumah baru tersebut merupakan antara projek dibawah tanggungjawab sosial korperat (CSR) Syarikat Ibraco berhad.
Katanya, pembinaan rumah baru seluas 850 kaki persegi tersebut melibatkan sejumlah RM95 ribu dan mengambil masa 3 bulan untuk siap sepenuhnya.
Tambah beliau, rumah tersebut pada hari ini, telah diserahkan kepada En. Malik Abu Bakar yang akan menempatkan 10 orang ahli keluarga beliau.
Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas menyerahkan kunci rumah baru kepada mangsa di Kuching hari ini.
#BilikBeritaCats #Catsfm

BILIK BERITA CATS

04 September 2024 | 05:22 PM