Kuching, 2 September: Kem Para Olahraga Sarawak sasar 30 pingat emas untuk temasya PARA SUKMA Sarawak 2024 yang bermula pada 21 September depan.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata acara Olahraga memainkan peranan penting kerana ia menawarkan banyak kategori dipertandingkan.
Maka dengan itu katanya, Sarawak perlu memanfaatkan peluang beraksi di tempat sendiri untuk mendapatkan seberapa banyak pingat yang ditawarkan.
Tambah beliau, pasukan Para Olahraga Sarawak kini sedang giat menjalani latihan di Stadium Sarawak bagi membiasakan diri dengan venue untuk acara Olahraga PARA SUKMA nanti.
Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas melawat persiapan atlet para negeri menjelang temasya PARA SUKMA di Stadium Sarawak, hari ini.
Sementara itu, Sarawak mensasarkan sekurang-kurangnya 83 pingat emas pada temasya PARA SUKMA kali ini bagi menguatkan peluang Sarawak bergelar juara keseluruhan.
#BilikBeritaCats #Catsfm

BILIK BERITA CATS

04 September 2024 | 05:20 PM