Kuching, 2 September: Cadangan untuk menganjurkan acara Sukan Asia Tenggara (SEA) 2027 di bahagian lain seperti SUKMA lepas, akan dipertimbangkan.
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata ia susulan permintaan untuk mengadakan beberapa acara sukan di bahagian-bahagian lain.
Katanya, perkara tersebut akan dipertimbangkan dan dibincangkan di peringkat pusat sama ada acara sukan tersebut boleh diadakan di bahagian-bahagian lain.
Walau bagaimanapun, katanya, kebanyakkan sukan untuk temasya tersebut akan diadakan di Kuching kerana mengambil kira kemudahan fasiliti sukan yang kebanyakkan ada di bahagian tersebut.
Beliau berkata demikian dalam sidang media SIBOFest 2024 di Bangunan Baitulmakmur, hari ini.
#BilikBeritaCats #Catsfm