Kuching, 2 September: Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah sambut baik pewujudan semula penerbangan dari Kuching ke Subang.
Katanya, ia menggalakkan kemasukkan pelancong ke negeri ini yang pasti akan memanfaatkan pelbagai sektor seperti pelancongan dan hospitaliti.
Beliau berkata demikian dalam sidang media SIBOFest 2024 di Bangunan Baitulmakmur, hari ini.
Terdahulu, Syarikat penerbangan AirAsia telah meluaskan operasinya di Lapangan Terbang Subang pada 30 Ogos lepas, dengan Sarawak dan Sabah menjadi destinasi domestik penerbanganan syarikat berkenaan yang kali terakhirnya adalah pada 24 tahun yang lalu
#BilikBeritaCats #Catsfm