BAU, 2 Sept: Sebanyak RM350,000 telah diluluskan untuk dua projek di bawah peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) 2025 bagi menyediakan kemudahan fasiliti di Kampung Pengkalan Bau.
ADUN Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep berkata geran sebanyak RM200,000 adalah bagi membina baharu dewan serbaguna manakala RM150,000 lagi adalah untuk membina baharu gelanggang futsal dan sepak takraw.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian Kejohanan Sepak Takraw Liga Novis di Kampung Pengkalan Bau.
Sumber UKAS