MIRI, 2 Sept: Tujuh gerai pasar tamu Mosjaya Baharu musnah sepenuhnya dalam kebakaran awal pagi tadi.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 4.12 pagi.
Pasukan Bomba yang tiba bertindak mengawal kebakaran daripada merebak ke gerai lain.
Bagaimanapun, kebakaran tidak melibatkan sebarang mangsa dan punca kebakaran masih disiasat.
#BilikBeritaCATS #CATSFM