BAU, 2 Sept: Seorang lelaki cedera parah selepas kereta yang dipandu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas di tepi jalan Bau-Lundu berdekatan Kampung Jugan malam tadi.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 8 malam.
Mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan Bomba.
Mangsa diberi rawatan awal sebelum diserahkan kepada petugas ambulans Hospital Bau untuk tindakan selanjutnya.
#BilikBeritaCATS #CATSFM