MIRI: Seramai 11 penghuni hilang tempat berteduh selepas rumah yang didiami ranap dijilat api di Kampung Lereng Bukit, Jalan Pujut petang semalam.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 2.10 petang.
Komander Operasi memaklumkan rumah jenis tidak kekal tersebut musnah 100 peratus.
Katanya, ketika kejadian, semua penghuni berjaya menyelamatkan diri.
Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih disiasat.
#BilikBeritaCATS #CATSFM