Kuching: Mangsa gangguan seksual disaran untuk melaporkan kes menggunakan platform Tribunal Antigangguan Seksual.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri berkata, laporan yang dibuat di Tribunal tersebut akan memudahkan tindakan diambil kepada yang terlibat.
Katanya, Tribunal tersebut berjaya menyelesaikan 2 daripada 8 kes yang dilaporkan sejak pelancarannya pada bulan Mac lepas.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas lanjut berhubung kes gangguan seksual terhadap kakitangan sebuah bank di Bercham, Perak.
Sementara itu, beliau Mengulas lanjut berhubung kes berkenaan, katanya kejadian itu dilaporkan telah berlaku pada tahun 2021 lalu, tetapi mendapat perhatian susulan mogok yang dilakukan pada 28 Ogos lalu di cawangan bank berkenaan bagi menuntut keadilan untuk mangsa.
Katanya, mangsa sudah membuat laporan polis, tetapi pihaknya masih menunggu Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) Perak, menghubungi NUBE Kebangsaan untuk membenarkan mangsa yang juga ahli dalam NUBE untuk melaporkan di platform Tribunal Antigangguan Seksual.
#BilikBeritaCats #Catsfm