Kuching: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedang mengkaji keperluan untuk meminda Akta Antigangguan Seksual.
Menteri KPWKM, Dato Sri Nancy Shukri berkata keperluan pindaan tersebut bagi memastikan perlindungan terhadap mangsa dibawah peruntukan undang-undang berkenaan.
Katanya, akta sedia ada hanya melibatkan tindakan undang-undang terhadap individu kepada individu sahaja dan tidak melibatkan organisasi.
Untuk itu, beliau menegaskan, pentingnya pindaan undang-undang untuk memasukkan tindakan juga perlu dikenakan terhadap organisasi yang terlibat.
Sekiranya organisasi tersebut didapati dengan sengaja tidak mengambil tindakan terhadap laporan gangguan seksual oleh pekerjanya, organisasi itu wajar dikenakan tindakan undang-undang.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyempurnakan Program Jiwa Komuniti MADANI Peringkat Parlimen Santubong di Kuching hari ini.
#BilikBeritaCats #Catsfm