Kuching, 28 Ogos: Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak komited untuk membangunkan bakat tempatan melalui penganjuran Bengkel Latihan Pengacara Majlis.
AZAM dalam satu kenyataan hari ini berkata, bengkel tersebut juga turut menyokong pertumbuhan kemahiran profesional dalam kalangan masyarakat.
Bengkel tersebut akan diadakan pada 29 dan 30 Ogos ini di Wisma Sabati, Kuching.
AZAM mensasarkan seramai 75 peserta dari pelbagai sektor untuk menyertai bengkel selama 2 hari itu.
#BilikBeritaCats #Catsfm
Back
BILIK BERITA CATS
29 August 2024 | 02:12 PM