• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

29 August 2024 | 02:03 PM

Pelajar Kpg Selampit akan dibekalkan dengan jaket keselamatan- Dato Sri Roland Sagah

LUNDU, 29 Ogos: Pelajar di Kampung Selampit akan dibekalkan dengan jaket keselamatan untuk menyeberangi sungai ke sekolah, kata Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD) Dato Sri Roland Sagah Wee Inn.

Menurutnya, penyediaan jaket itu akan dilakukan dengan kerjasama Lembaga Sungai-Sungai Sarawak.

Selain itu, Roland Sagah turut menggalakkan pelajar di kampung berkenaan untuk memohon kemasukan asrama penuh di sekolah SMK Senibong.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas majlis penyerahan sumbangan kepada waris mangsa perahu karam Sungai Kayan di SMK Senibong, di sini, hari ini.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai perkembangan pembinaan jambatan di kampung Selampit, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar Billy Sujang berkata kerja-kerja pembinaan jambatan sepanjang 200 meter itu akan bermula Oktober ini.

Jelasnya, projek bernilai RM 27.93 juta itu dijangka mengambil tempoh 3 tahun untuk siap sepenuhnya.

Dalam pada itu, Billy turut berkata beliau sedang dalam usaha memohon peruntukan tambahan daripada kerajaan Sarawak berjumlah RM17 juta bagi pembinaan jalan akses sejauh 1.2 Kilometer.

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok