• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

29 August 2024 | 02:00 PM

PARA SUKMA: Sarawak sasar 83 pingat emas - Fatimah Abdullah

KUCHING: Sarawak menyasarkan kutipan sekurang-kurangnya 83 pingat emas dalam misi memburu gelaran juara kali ke-14 pada temasya Para Sukan Malaysia (PARA SUKMA) ke-21 yang dijadual berlangsung dari 22 hingga 28 September ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah optimis Sarawak mampu mencapai sasaran itu berdasarkan prestasi dan latihan atlet Sarawak yang cukup mantap.

"Kita sasar 83 emas, dengan semangat Agi Idup Agi Ngelaban," katanya pada sidang media Majlis-Majlis Para Sukma hari ini.

Sehubungan itu, Fatimah menyeru kepada seluruh warga Sarawak agar memberi sokongan padu kepada atlet-atlet Sarawak sama seperti sokongan pada Sukma Sarawak lepas.

"Tidak ada sekatan pun, tak ada perlu tiket untuk menyaksikan perlawanan di semua venue pada temasya kali ini," tambahnya lagi.

Mengulas lanjut, Fatimah berkata majlis perasmian pembukaan dan majlis penutupan Para Sukma 2024 akan diadakan di Stadium Perpaduan.

Sementara, beliau turut mendedahkan sebanyak 25 jawatankuasa terdiri daripada agensi kerajaan dan sekitar 1500 sukarelawan telah dilantik pada temasya kali ini.

PARA SUKMA 2024 akan menyaksikan 10 jenis sukan dipertandingkan membabitkan 328 acara, selain menghimpunkan 1,290 atlet dan 781 pegawai.

Antara sukan dipertandingkan dalam temasya kali ini ialah para olahraga, para renang, para badminton, para pingpong, para boling tenpin, boccia, para boling padang (lawn balls), para angkat berat, para memanah dan para catur

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok