• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

12 July 2024 | 05:18 PM

Tragedi MH17 masih diingati walaupun sedekad berlalu

KUALA LUMPUR, 12 Julai - Sudah sedekad berlalu sejak tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh pada 2014 sehingga meragut nyawa kesemua 298 penumpang dan kru, termasuk 80 kanak-kanak.

Bagi menghormati pemergian mangsa tragedi menyayat hati itu, majlis peringatan ke-10 akan diadakan pada 17 Julai ini di Monumen Nasional MH17 di Park Vijfhuizen berhampiran Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam.

Menurut Kedutaan Belanda di Malaysia, lima wakil media negara termasuk Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dijemput untuk menyaksikan acara bersejarah itu dan menyertai program peringatan yang dijadualkan selama tiga hari bermula 15 Julai.

Program berkenaan termasuk lawatan ke lokasi tertentu untuk memberikan pemahaman mendalam mengenai usaha dan kerjasama berterusan antara Belanda dan Malaysia selepas kejadian yang menimpa pesawat MH17.

Pada 14 Julai 2014, pesawat MH17 ditembak jatuh oleh peluru berpandu ketika terbang di kawasan konflik di timur Ukraine, menyebabkan kesemua penumpang terkorban.
Mangsa merupakan penumpang dari 17 negara termasuk 198 warga Belanda, 43 rakyat Malaysia, 38 dari Australia dan 10 lagi berasal dari United Kingdom.
 
Sumber: BERNAMA

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok