• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

12 July 2024 | 05:12 PM

Empat sukan berkemungkinan akan digugurkan saat akhir berikutan tidak mencapai penyertaan minimum

Kota Samarahan, 12 Julai: Empat sukan yang dipertandingkan untuk temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 Sarawak 2024, berkemungkinan akan digugurkan berikutan tidak mencapai penyertaan minimum daripada negeri-negeri bertanding. 

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Gerald Rentap Jabu berkata, antara sukan yang berisiko untuk digugurkan itu adalah termasuk sukan taekwondo, angkat berat, acara padang dan muay thai. 

Katanya, keputusan bagi sukan-sukan tersebut sama ada akan dipertandingkan atau tidak akan diketahui petang ini selepas menghubungi sekretariat Majlis Sukan Negara (MSN) dan presiden-presiden persatuan. 

Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas lawatan tapak beliau ke fasiliti sukan SUKMA di Kota Samarahan, hari ini. 

Sementara itu, Datuk Gerald mengulas lanjut berhubung persiapan fasiliti SUKMA, katanya, terdapat beberapa fasiliti yang dinaiktaraf menghadapi kelewatan untuk disiapkan disebabkan faktor cuaca. 

Antara fasiliti yang terlibat, antaranya track basikal BMX, padang hoki, kriket dan memanah di Kuching serta padang bola sepak di Sibu dan Bintulu.

#BilikBeritaCats #Catsfm

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok