• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

12 July 2024 | 01:10 PM

SUKMA 2024: Sarawak sedia 'pinjamkan' atlet

KUCHING, 12 Julai: Tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) 2024, Sarawak, sedia ‘meminjamkan’ atletnya kepada negeri lain bagi mengatasi masalah kekurangan penyertaan di temasya itu yang dijadual berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos depan.

Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak Awang Putra Yusrie berkata berdasarkan maklumat diterima minggu lepas, sebanyak 30 daripada keseluruhan 488 acara yang dipertandingkan seakan sukar mencapai jumlah penyertaan minimum enam negeri sekali gus berdepan risiko digugurkan.

Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak berpandangan jika pengguguran acara berlaku, ia akan memberi kesan negatif terhadap aspek kemajuan atlet.

“Kita (Sarawak) ada atlet pelapis, kita memang (ada) tawarkan. Sebelum ini pun kita dah tawarkan beberapa atlet terjun kepada negeri lain untuk bantu mereka dan pernah tawarkan pasukan futsal wanita dulu. Untuk sukan-sukan lain sekiranya negeri lain perlukan atlet memang kita bersedia (pinjamkan).

“Mereka (atlet yang dipinjamkan) boleh berlatih menggunakan kemudahan dan berlatih bersama atlet kita di sini. Sayang kita ada bakat tapi kalau tak dapat atau terlepas beraksi di SUKMA itu satu kerugian...bakat akan hilang, tapi kalau ada permintaan (pinjam) kita memang akan membantu,” kata Awang Putra.

Beliau yang mengharapkan keseluruhan 488 acara dapat dikekalkan berkata demikian pada sesi temu bual khas bersama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di Kompleks Akuatik Pandelela Rinong di sini.

Delegasi Bernama diketuai Ketua Pengarang Arul Rajoo Durar Raj dan Timbalan Editor Eksekutif Elmi Rizal Elias.

Pada masa sama, Awang Putra turut menyifatkan adalah tidak adil bagi negeri-negeri yang sudah membuat persiapan rapi lebih awal termasuk membeli tiket kapal terbang dan membayar elaun atlet masing-masing jika akhirnya pengguguran acara berlaku.

Sumber: BERNAMA

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok