• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

12 July 2024 | 01:00 PM

Keputusan Gua Niah sebagai tapak UNESCO bakal diketahui bulan ini - Abdul Karim

KUCHING, 11 Julai - Keputusan permohonan Sarawak untuk menyenaraikan Gua Niah di Miri, sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), bakal diketahui hujung bulan ini.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah optimis Gua Niah mampu mendapat pengiktirafan UNESCO memandangkan gua itu pernah didiami oleh manusia kira-kira 65,000 tahun dahulu.

“Sarawak sudah sampai ke penghujung perjalanan untuk mendapat pengiktirafan antarabangsa bagi Gua Niah. Badan di bawah UNESCO akan membuat pengumuman mengenainya akhir bulan ini di New Delhi.

“Wakil-wakil kita akan hadir di sana, dan daripada maklum balas yang diterima insya-allah menunjukkan kita akan mendapat pengiktirafan itu,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata sekiranya Sarawak berjaya memperolehinya, Gua Niah akan menjadi satu lagi produk pelancongan yang akan membawa manfaat besar kepada sektor pelancongan bagi memperkukuhkan lagi warisan budaya dan sejarah Malaysia di mata dunia.

Sumber: BERNAMA

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok