KUCHING, 10 Julai: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi bakal menyempurnakan Sambutan Hari Sarawak di Bintulu pada 22 Julai ini.
Ahli Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Sarawak 2024 yang diketuai oleh Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wiayah Sarawak (M-FICORD), Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom selaku Pengerusi dan Menteri bertanggungjawab mengadakan kunjungan hormat untuk menjemput Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi dan isteri di Astana Negeri Sarawak hari ini.
Antara pengisian sempena sambutan Perayaan Hari Sarawak tahun ini ialah Majlis Kesyukuran Agama-Agama Lain di Dewan Suarah Bintulu pada 20 Julai, Majlis Kesyukuran di Masjid Assyaqirin Bintulu pada keesokan harinya dan acara kemuncak sambutan Perhimpunan Hari Sarawak pada malam 22 Julai bertempat di Lapangan Terbang Lama Bintulu.
#BilikBeritaCATS #CATSFM