SIBU, 10 Julai: Seorang wanita orang kelainan upaya (OKU) ditemukan rentung dalam kebakaran tiga buah rumah di Kampung Bahagia Jaya, Lorong Bahagia Tengah 1, Jalan Teku pagi tadi.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Sibu, Andy Alie berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 8 pagi.
Mangsa dikenali sebagai Kong Kim Ngin berusia 52 tahun ditemui rentung di pintu bilik salah sebuah rumah tersebut.
Pasukan Bomba bertindak mengeluarkan mayat mangsa dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Kebakaran yang memusnahkan 100 peratus tiga buah rumah itu telah menjejaskan 26 penghuni.
#BilikBeritaCATS #CATSFM