• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

12 July 2024 | 12:36 PM

Kastam Sarawak rampas lebih 60KG syabu bernilai RM1.9 juta di Kuching

KUCHING, 10 Julai: Dua lelaki warga tempatan berusia 20an ditahan sejurus menuntut 10 kotak kiriman kargo udara yang mengandungi dadah jenis methamphetamine atau syabu seberat 60.6 kilogram bernilai RM1.9 juta menerusi satu operasi sekitar jam 3.50 petang pada 4 Julai lepas.

Pengarah Kastam Negeri Sarawak Norizan Yahya berkata hasil pemeriksaan ke atas 10 kotak tersebut menemui 60 paket plastik berlabel ‘Guan Yi Wang’ yang mengandungi ketulan kristal.

Bercakap pada sidang media di Kuching hari ini, beliau berkata rampasan tersebut adalah yang terbesar mengatasi rampasan di Miri pada bulan lepas.

Norizan memberitahu pihaknya tidak menolak kemungkinan ramai individu terlibat dan mempunyai kaitan dengan kes sebelum ini.

Ujarnya, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenalpasti rangkaian sindiket tersebut.

Mengulas lanjut, beliau berkata modus operandi sindiket itu adalah dengan menggunakan perkhidmatan kargo udara antara wilayah iaitu dari Kuala Lumpur ke Kuching dan menyembunyikan bahan narkotik tersebut bersama barangan elektrik bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Sebuah lori yang digunakan untuk melakukan jenayah tersebut disita dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok