• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

31 May 2024 | 07:46 PM

Wanita asing dicekup di hotel bajet bersama lebih 2000 gram syabu

KUCHING: Seorang wanita warga asing dicekup polis di sebuah hotel bajet dekat Jalan Rock, di sini pada Rabu kerana disyaki terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Supt Merbin Lisa berkata hasil tangkapan suspek yang berusia 37 tahun itu berjaya merampas dadah jenis syabu dianggarkan seberat 2438.30 gram dan bernilai RM 78,016.00.

Beliau dalam kenyataan hari ini memberitahu serbuan dan tangkapan dilakukan oleh sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak sekitar jam 3 petang.

Tambahnya, suspek turut didapati positif dadah jenis Methamphetamine, Amphetamine dan Ketamin semasa diperiksa.

Merbin berkata, kes ini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan suspek ditahan reman selama 7 hari mulai 31 Mei ini hingga 6 Jun depan bagi membantu siasatan serta mengenal pasti punca bekalan dadah.

“Jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati atau penjara seumur hidup,” ujarnya. 

#BilikBeritaCATS #CATSFM

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok