SIBU: Tiga unit rak serahan mel yang berada di dalam bilik serahan Pos Laju Jalan Ding Lik Kong dilaporkan terbakar, pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Zon Sibu dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima makulmat sekitar jam 5.30 pagi.
Katanya, Kebakaran melibatkan tiga unit rak serahan mel yang berada di dalam bilik serahan pos laju.
Punca dan jumlah kerugian masih disiasat.
#BilikBeritaCATS #CATSFM
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini