MIRI: Seramai 558 penduduk di Kampung Long Bemang di Hulu Baram terjejas ekoran rumah mereka dinaiki air setinggi hampir 2 kaki sejak awal pagi Isnin.
Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, bencana banjir berlaku 5 pagi itu telah menjejaskan sekurang-kurangnya 103 buah rumah di kampung berkenaan.
Bagaimanapun katanya, setakat hari ini tiada pemindahan penduduk dilakukan kerana keadaan masih terkawal dan mangsa yang terjejas masih boleh mendiami tingkat atas rumah mereka.
Pada pagi ini, Persatuan Bomba Sukarela Long Bemang telah meninjau keadaan dan trend air masih menahan dengan air setinggi 1.7 kaki.
#BilikBeritaCATS #CATSFM
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini