KUCHING: Kadar Elaun Latihan Atlet Para Sukma akan dinaikkan daripada RM400 kepada RM1,200 bermula Mei tahun ini.
Menteri bertanggungjawab, Dato' Sri Fatimah Abdullah berkata, satu kadar baharu akan diperkenalkan iaitu bagi Atlet Pelapis A sebanyak RM1,200, Atlet Pelapis B (RM1,000), Atlet Pelapis C (RM800), Atlet Baharu (RM600) dan Atlet Elite kekal (RM1,500).
Fatimah berkata, kerajaan telah memberi peruntukan bagi tujuan tersebut namun, kuantum buat masa ini masih dirahsiakan.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media pada sesi latihan Atlet Para Renang dan Para Olahraga sempena SUKMA Ke 21 Sarawak, petang semalam.
#BilikBeritaCATS
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini