Kuching, 28 Mei: Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) negeri Sarawak catat seramai 285 orang wanita mendapatkan khidmat kaunseling dalam pelbagai isu kekeluargaan dari tahun 2020 hingga 2023.
Pengerusi LPPKN Malaysia, Dato Sri Rohani Abdul Karim berkata, bagi menangani masalah tersebut LPPKN telah menganjurkan Program Terapi Minda bertujuan untuk memupuk kemahiran mereka mengurus tekanan dengan lebih berkesan.
Dalam pada itu, bagi tahun 2024, LPPKN akan bekerjasama dengan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bagi mempromosikan perkhidmatan kaunseling kepada seluruh lapisan masyarakat.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa merasmikan Sambutan Hari Ibu Peringkat Negeri Sarawak 2024 di Pustaka Negeri di Kuching, hari ini.
#BilikBeritaCats #Catsfm
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini