KUCHING, 27 Mei: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 juta kepada Tabung Kasih@HAWANA pada tahun depan.
Beliau menyampaikan khabar gembira itu pada majlis kemuncak Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 di sini.
“Saya nak sambung sebab tahun lepas saya umum untuk Tabung Kasih@HAWANA RM1 juta, jadi saya akan terus dengan peruntukan RM1 juta untuk Tabung Kasih@HAWANA,” katanya dalam ucapan perasmian.
Ketika merasmikan HAWANA 2023 di Ipoh, Perak, Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan RM1 juta untuk tabung berkenaan.
Terdahulu, Fahmi dalam ucapan alu-aluan berkata setakat ini, seramai 102 bekas petugas dan pengamal media yang memerlukan bantuan telah dibantu sejak inisiatif itu diperkenal tahun lepas.
Sumber: BERNAMA
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini