KOTA SAMARAHAN, 22 Mei: Seorang wanita maut selepas kereta Perodua Axia yang dipandu berlanggar dengan sebuah pacuan empat roda berdekatan institut memandu N.B Motors Sdn Bhd, Kota Samarahan tengah malam tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 12.20 tengah malam.
Pasukan Bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu.
Bagaimanapun, mangsa dikenali sebagai Mary Peter berusia 53 tahun disahkan meninggal dunia dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya.
Manakala pemandu pacuan empat roda dilaporkan selamat.
#BilikBeritaCATS #CATSFM