• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

22 May 2024 | 07:50 PM

Tun Wan Junaidi hadir ke majlis pelancaran buku bujang berani

KUCHING, 22 Mei - Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi semalam meluangkan masa hadir ke majlis pelancaran buku bertajuk ‘Bujang Berani’ di Kelab Sarawak di sini.

Buku Bujang Berani hasil penulisan wartawan veteran, James Richie, 74, mengisahkan cerita para pejuang veteran Sarawak yang pernah mencurahkan bakti bagi mempertahankan negara daripada serangan musuh pada satu ketika dahulu.

Mereka terdiri daripada ahli Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Sarawak dan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Sarawak.

Berdasarkan kandungan buku tersebut, para veteran mencerita kisah dan pengalaman mereka semasa bertempur dan menentang komunis di Malaya sebelum Sarawak menyertai gagasan Malaysia.

Atas sumbangan dan keberanian demi mempertahankan tanah air, mereka telah dianugerahkan pingat seperti Pingat George Cross oleh Ratu England, Pingat Keberanian dan pingat Panglima Gagah Berani. – BERNAMA

#BilikBeritaCATS
#CATSFM
Foto Unit Komunikasi Awam Sarawak

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok