• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

22 May 2024 | 07:46 PM

SEDC Energy akan bekal gas hidrogen, ammonia kepada Korea Selatan - Abang Johari

KUCHING, 22 Mei - SEDC Energy Sdn Bhd, anak syarikat Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) akan membekalkan gas hidrogen dan ammonia untuk digunakan di Korea Selatan.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pembekalan gas hidrogen dan ammonia itu bertujuan untuk digunakan dalam usaha Korea Selatan beralih dari penggunaan arang batu kepada sumber tenaga yang boleh diperbaharui.
Dalam catatan di laman rasmi Facebook Premier Sarawak, beliau berkata perkara itu merupakan antara persetujuan yang dicapai dalam mesyuarat di antara kerajaan Sarawak serta Kementerian Perdagangan, Industri dan Tenaga Korea Selatan semalam.
Kementerian itu diwakili Timbalan Menterinya, Lee Hohyeon yang membincangkan beberapa aspek kerjasama lain berhubung tenaga yang boleh diperbaharui.
Abang Johari yang dalam rangka lawatan kerja selama dua hari ke Korea Selatan tiba di Seoul petang Isnin lepas, diiringi Menteri Utiliti dan Komunikasi Sarawak, Datuk Seri Julaihi Narawi serta Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abang Hipni.
Rombongan Premier Sarawak itu turut dibawa meninjau operasi Loji Tenaga Yongheung milik Korea South-East Power Company (KOEN) yang terletak di selatan ibu negara Korea Selatan itu. - BERNAMA
#BilikBeritaCATS
#CATSFM
Foto Office of The Premier of Sarawak

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok